OKTOBER 2023

PRK DUN Jepak - Iskandar Turkee Calon GPS


BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang juga Presiden PBB dan Pengerusi GPS pada Rabu telah mengumumkan Iskandar bin Turkee sebagai calon GPS pada Pilihanraya Kecil DUN 67 Jepak.

PRK DUN Jepak bakal diadakan pada 4 November hadapan untuk mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang, Datuk Haji Talip Zulpilip pada 15 September lepas.

Majlis pengumuman tersebut telah diadakan di sebuah 

hotel di sini dengan kehadiran wakil-wakil daripada PRS, SUPP dan PDP.

Iskandar, 54 tahun, berkelulusan ijazah sarjana daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan bekas Pengarah AADK Kawasan Sarawak dan seorang anak tempatan. 

Pada majlis tersebut yang juga dihadiri para penyokong PBB dan parti-parti komponen GPS, Datuk Patinggi Abang Haji Johari telah menyerahkan watikah perlantikan sebagai calon kepada Iskandar. 

Hari Penamaan Calon PRK Jepak telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 21 Oktober.

Sumber dari : Sarawakku